Posts

Showing posts from 2019

Pertandingan Mini Memanah Kota Bharu

Image
Pada 30/3/2018, di lapang sasar indoor di Paya Rambai, Kota Bharu, anjuran Kelab Memanah Masjid Kubang Kerian (KEMMAS) telah diadakan satu pertandingan melibatkan 40 orang peserta kategori recurve, compound, barebow dan tradisional. Kelab Memanah Maahad Muhammadi Lelaki telah menghantar seorang wakil kategori recurve memandangkan ahli-ahli lain terikat dengan kelas tambahan dan bercuti di luar kawasan. Pertandingan bermula pukul 9 pagi dan tamat pukul 1 tengahari.

Latihan & Mini Game Kelab

Image
Pada 16/3/2019 hari sabtu lepas , kami mengadakan latihan dan juga mini game antara ahli kelab sebelum berehat memberi laluan kepada minggu peperiksaan dan kemudiannya cuti persekolahan panjang. Latihan akan disambung semula pada bulan April 2019. Kami diperkenalkan format pertandingan Qualifying Round dan Olympic Round. Qualifying Round diungguli oleh akhi Naim, tetapi Olympic Round seterusnya dimenangi akhi Hafizul. Juara bulan Mac adalah akhi Hafizul.

Pertandingan Memanah (Lelaki) Yayasan Islam Kelantan 2019

Image
Pada 10 Mac 2019, bertempat di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan, kami telah menyertai Pertandingan Memanah (Lelaki) Sekolah-Sekolah YIK 2019. Kami telah menghantar 2 pasukan iaitu 4 orang pasukan recurve dan 4 orang pasukan tradisional, diiringi guru penasihat kelab Ustaz Sufian. Pertandingan bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 1 tengahari. Semoga pertandingan ini memberi pendedahan kepada kami untuk memperbaiki panahan kami.

Latihan Memanah

Image
Kelab Memanah Maahad Muhammadi Lelaki mengadakan latihan memanah pada setiap Sabtu atau Ahad. Sekiranya terdapat pertandingan dalam masa terdekat, latihan diadakan pada setiap hari pada masa yang mengizinkan. Latihan diadakan supaya kemahiran tidak hilang dan dapat dipertajamkan lagi.

Ulangkaji Teknik Memanah Recurve

Image

Hari Sukan Maahad Muhammadi Lelaki 2019

Image
Pada 27/2/2019 sempena Hari Sukan Maahad Muhammadi Lelaki 2019, kami telah mengambil peluang membuka booth fun shooting memanah terbuka kepada semua pelajar dan guru MML bagi mengisi aktiviti tahunan kelab dan dana kelab. Alhamdulillah mendapat sambutan. Pelajar-pelajar dan guru-guru diberi sedikit tunjuk ajar sebelum mula memanah. Terima kasih kepada semua yang menjayakan booth fun shooting memanah kami.

Klinik Asas Memanah Recurve

Image
Pada 23/2/2019 bertempat di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan, telah diadakan Klinik Asas Memanah Recurve. Program bermula 8.30 pagi dan berakhir 1 petang. Terima kasih kepada jurulatih Coach Syahmi Bin Mohd Fahuzi; pemenang pingat emas Sukan SEA, dan Encik Badrul Munir Bin Mohd Hamdy sebagai penaja program dan peralatan memanah recurve.

Kejohanan Memanah Peringkat Sekolah-Sekolah YIK 2016

Image
Pada 4/5/2016, Kelab Memamah Maahad Muhammadi Lelaki berjaya mendapat tempat nombor 3, 6, 13 dan 24 daripada 40 peserta kejohanan. Terima kasih atas tunjuk ajar daripada Ustaz Nadzrin.

Berkuda dan Memanah

Image
Pada 9/4/2016 sesi latihan berkuda dan memanah telah diadakan di MML ditunjuk ajar oleh Saudara Azizi Bin Che Hamid.

Majlis Pelancaran Sukan Memanah Peringkat Sekolah-Sekolah YIK

Image
Pada 24/05/2012 telah berlangsung 3 Majlis serentak iaitu Majlis Pelancaran Sukan Memanah Perigkat Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan, Perasmian Bas Yayasan Islam Kelantan dan Meraikan Tetamu dari Kedutaan Arab Saudi dan Rombongan dari Wilayah Yala Thailand. Program Bermula pada jam 8.20 pagi dengan Ketibaan dua orang dari Kaunselor Kedutaan Arab Saudi ke MML, iaitu Syeikh Abdul Rahman Ibn Muhammad Al Atuallah dan seorang pengirim beliau. Ucapan Pengetua MML telah memulakan Majlis pada pagi ini, dan diteruskan dengan ucapan Syeikh Abdul Rahman Ibn Muhammad Al Atuallah, beliau telah memberikan nasihat kepada Para MML tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Sekitar Jam 9.00 pagi ketibaan Dif-dif Jemputan VIP dan 9 Pengetua dari sekolah – sekolah Yayasan Islam Kelantan, Turut hadir pada majlis ini YB Dato’ ABDUL FATTAH B MAHMOOD (Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO) dan YB DATO’ HJ MOHD AMAR B NIK ABDULLAH (Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kela