Assalamualaikum dan selamat datang. Blog ini memuatkan aktiviti-aktiviti Kelab Memanah Maahad Muhammadi Lelaki dan artikel-artikel berkaitan memanah. Semoga mendapat manfaat!
Kejohanan Memanah Peringkat Sekolah-Sekolah YIK 2016
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Pada 4/5/2016, Kelab Memamah Maahad Muhammadi Lelaki berjaya mendapat tempat nombor 3, 6, 13 dan 24 daripada 40 peserta kejohanan. Terima kasih atas tunjuk ajar daripada Ustaz Nadzrin.
Pada 27/2/2019 sempena Hari Sukan Maahad Muhammadi Lelaki 2019, kami telah mengambil peluang membuka booth fun shooting memanah terbuka kepada semua pelajar dan guru MML bagi mengisi aktiviti tahunan kelab dan dana kelab. Alhamdulillah mendapat sambutan. Pelajar-pelajar dan guru-guru diberi sedikit tunjuk ajar sebelum mula memanah. Terima kasih kepada semua yang menjayakan booth fun shooting memanah kami.
Pada 24/05/2012 telah berlangsung 3 Majlis serentak iaitu Majlis Pelancaran Sukan Memanah Perigkat Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan, Perasmian Bas Yayasan Islam Kelantan dan Meraikan Tetamu dari Kedutaan Arab Saudi dan Rombongan dari Wilayah Yala Thailand. Program Bermula pada jam 8.20 pagi dengan Ketibaan dua orang dari Kaunselor Kedutaan Arab Saudi ke MML, iaitu Syeikh Abdul Rahman Ibn Muhammad Al Atuallah dan seorang pengirim beliau. Ucapan Pengetua MML telah memulakan Majlis pada pagi ini, dan diteruskan dengan ucapan Syeikh Abdul Rahman Ibn Muhammad Al Atuallah, beliau telah memberikan nasihat kepada Para MML tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Sekitar Jam 9.00 pagi ketibaan Dif-dif Jemputan VIP dan 9 Pengetua dari sekolah – sekolah Yayasan Islam Kelantan, Turut hadir pada majlis ini YB Dato’ ABDUL FATTAH B MAHMOOD (Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO) dan YB DATO’ HJ MOHD AMAR B NIK ABDULLAH (Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kela
Pada 10 Mac 2019, bertempat di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan, kami telah menyertai Pertandingan Memanah (Lelaki) Sekolah-Sekolah YIK 2019. Kami telah menghantar 2 pasukan iaitu 4 orang pasukan recurve dan 4 orang pasukan tradisional, diiringi guru penasihat kelab Ustaz Sufian. Pertandingan bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 1 tengahari. Semoga pertandingan ini memberi pendedahan kepada kami untuk memperbaiki panahan kami.
Comments
Post a Comment