Pada 24/05/2012 telah berlangsung 3 Majlis serentak iaitu Majlis Pelancaran Sukan Memanah Perigkat Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan, Perasmian Bas Yayasan Islam Kelantan dan Meraikan Tetamu dari Kedutaan Arab Saudi dan Rombongan dari Wilayah Yala Thailand. Program Bermula pada jam 8.20 pagi dengan Ketibaan dua orang dari Kaunselor Kedutaan Arab Saudi ke MML, iaitu Syeikh Abdul Rahman Ibn Muhammad Al Atuallah dan seorang pengirim beliau. Ucapan Pengetua MML telah memulakan Majlis pada pagi ini, dan diteruskan dengan ucapan Syeikh Abdul Rahman Ibn Muhammad Al Atuallah, beliau telah memberikan nasihat kepada Para MML tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Sekitar Jam 9.00 pagi ketibaan Dif-dif Jemputan VIP dan 9 Pengetua dari sekolah – sekolah Yayasan Islam Kelantan, Turut hadir pada majlis ini YB Dato’ ABDUL FATTAH B MAHMOOD (Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO) dan YB DATO’ HJ MOHD AMAR B NIK ABDULLAH (Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kela
Comments
Post a Comment